Tuesday 13 November 2012

Selamat Datang

Blog ini adalah nukilan Nor Ilona Binti A. Halim, Nombor Matrik PPG 00509/2012/KIC, pelajar Kirkby International College, Cyberjaya. Blog ini memperkenalkan Sains dan Teknologi sebagai salah satu topik dalam matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil). 

Objektif topik ini adalah untuk :

Sumber-www.fotosearch.com
  •   Mengemukakan pendapat tentang sesuatu topik dengan  menyatakan sebab;
  • Mengambil imlak teks yang diperdengarkan dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul; dan
  • Menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Terdapat  beberapa aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut disediakan dalam blog ini.
Aktiviti tersebut adalah :
· Petikan dan Jawab Pemahaman
· Teka Silang Kata
· Pantun Teka-Teki
· Melengkapkan ejaaan berdasarkan gambar.
Diharap aktiviti-aktiviti yang disediakan dapat memberi serba sedikit ilmu kepada para pelajar. Selamat Mencuba!

* Dijemput juga untuk melayari scribd Bahasa Melayu Tahun 3 serta mencuba soalan-soalan yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Sila klik di sini.

Petikan Dan Jawab Pemahaman


Robot Ciptaan


Sumber-www.fotosearch.com

Arif dan Izzat menyertai pertandingan mencipta robot. Mereka berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan robot itu dalam tempoh tiga minggu. Robot ciptaan mereka diperbuat daripada bahan buangan.Ianya diberi nama Deras-8.

Pada hari pertandingan, Arif dan Izzat mempamerkan robot ciptaan mereka. Robot ciptaan mereka mendapat perhatian orang ramai. Deras-8 bukan sahaja boleh bergerak, malah boleh mengangkat benda ringan dan menyalakan lampu. Deras-8 dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh yang dicipta khas. 
Sumber-www.fotosearch.com


Apabila keputusan diumumkan, Deras-8 terpilih sebagai pemenang. Semua guru serta rakan Arif dan Izzat berasa sungguh bangga dan mengucapkan tahniah. Kejayaan mereka telah mengharumkan nama sekolah.


Untuk menyaksikan sendiri pergerakan robot yang menarik, sila layari youtube ini.

Soalan :

1. Apakah pertandingan yang disertai oleh Arif dan Izzat?
2. Apakah nama robot ciptaan mereka?
3. Ceritakan keistimewaan robot itu.
4. Mengapakah guru serta rakan Arif dan Izzat berasa bangga?
5. Nyatakan perkara yang menarik dalam teks "Robot Ciptaan".

Teka Silang Kata


4  K   L6   R
1T   E
K   P
5   E   R


Sumber-www.fotosearch.com
Melintang

1. Sumber untuk mencari maklumat.
3. Apabila panas, kita perlukan ini.
4. Alat yang digunakan untuk mengira.
5. Digunakan untuk melumatkan cili.

Menegak

2. Jika ingin menonton sambil berhibur.
4. Alat untuk mengambil gambar.
6. Alat untuk mendengar muzik.





Saturday 29 September 2012

Mari Berteka-Teki

Pantun Teka-Teki




Sumber-www.fotosearch.com

Alat ciptaan sains dan teknologi,
Memudahkan manusia lalu direka,
Digunakan naik ke tempat tinggi,
Apakah aku cubalah teka.






Sumber-www.fotosearch.com

Faedahnya besar untuk alam ini,
Sudah dicipta berabad lamanya,  
Jadi kegunaan ahli astronomi,
Untuk mengkaji alam semesta







Sumber-www.fotosearch.com
 
  Alat ini bentuknya membujur,
  Digunakan di hospital di klinik juga,
  Sudah menjadi sahabat baik doktor,
  Diusung selalu dililit sentiasa.


             

                

                                                                

Monday 24 September 2012

Melengkapkan Ejaan Berdasarkan Gambar


Sumber-Google Images

t _ _ e v _ _ y _ _



t _ l _ _ o _    b i _ b _ _

Sumber-Google Images

a _ _ t    k _ w _ _ a n   j _ _ _


s e _ e r _ k _




k _ m _ r _     d i _ _ t _ l



m _ s _ n      p e _ c _ t _ k