Tuesday 13 November 2012

Petikan Dan Jawab Pemahaman


Robot Ciptaan


Sumber-www.fotosearch.com

Arif dan Izzat menyertai pertandingan mencipta robot. Mereka berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan robot itu dalam tempoh tiga minggu. Robot ciptaan mereka diperbuat daripada bahan buangan.Ianya diberi nama Deras-8.

Pada hari pertandingan, Arif dan Izzat mempamerkan robot ciptaan mereka. Robot ciptaan mereka mendapat perhatian orang ramai. Deras-8 bukan sahaja boleh bergerak, malah boleh mengangkat benda ringan dan menyalakan lampu. Deras-8 dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh yang dicipta khas. 
Sumber-www.fotosearch.com


Apabila keputusan diumumkan, Deras-8 terpilih sebagai pemenang. Semua guru serta rakan Arif dan Izzat berasa sungguh bangga dan mengucapkan tahniah. Kejayaan mereka telah mengharumkan nama sekolah.


Untuk menyaksikan sendiri pergerakan robot yang menarik, sila layari youtube ini.

Soalan :

1. Apakah pertandingan yang disertai oleh Arif dan Izzat?
2. Apakah nama robot ciptaan mereka?
3. Ceritakan keistimewaan robot itu.
4. Mengapakah guru serta rakan Arif dan Izzat berasa bangga?
5. Nyatakan perkara yang menarik dalam teks "Robot Ciptaan".

No comments:

Post a Comment